Tuesday, November 17, 2009

Lambaian Kaabah



Musim haji datang lagi. Ramai kawan-kawan, rakan ofis & sedara mara pergi haji tahun ini. Didoakan semoga Allah mempermudahkan bakal-bakal haji ini melakukan amal ibadah semasa disana dan mendapat haji yg mabrur. Amin.

Teringat masa zaman Wan (nenek sebelah ayah) pergi haji pd awal tahun 70an dulu. Masa tu pergi haji naik kapal laut. Kalau tak silap nama kapal tu Malaysia Raya. Kerja haji masa tu ambil masa berbulan-bulan. Semua bakal haji bawa bekalan makanan & masak sendiri semasa dalam kapal & di tanah suci. Dengar ceritanya, kalau ada bakal haji yg meninggal dunia ketika dalam perjalanan, jenazahnya akan dikuburkan ditengah laut.

Zaman tu kalau balik haji, antara buah tangan yg dibawa balik selain dari air zam-zam & buah kurma ialah gelang mekah, cincin & karpet. Karpet tu berlatarbelakangkan gambar Masjidil Haram. Kemudiannya karpet tu akan diframekan dan digantung di dinding ruang tamu. Kalau kita pergi rumah orang yg ada tergantung karpet gambar Masjidil Haram, maknanya tuan rumah tu dah naik haji……

Semalam (16/11) aku ke Tabung Haji HQ Jalan Tun Razak untuk mendaftar nak pergi haji. Aku daftar untuk isteri sekali. Selepas urusan pendaftaran dikaunter selesai, aku pun bertanya “Bila agaknya saya & isteri boleh pergi haji?” Dengan senyum meleret, gadis kaunter tu menjawab “Kalau mengikut kiraan system kami, giliran encik & isteri akan ke Mekah pada tahun 2028”.

Pada ketika itu umur aku 63 tahun…… sempat ke?

Tuesday, November 3, 2009

14 tahun bersama dia




Agak terlewat catitan ini. 28 Okt yg lalu ulangtahun perkahwinan kami. Sudah 14 tahun usia perkahwinan ini. Kami dikurniakan 3 cahayamata: Syasya (12), Sufyan (10) & Hakim (9). Hari itu berlalu spt biasa, no hi-tea, no candle light diner, tak celebrate pun. Dia pun tak mintak ape-ape… Tapi spt tahun-tahun yg lalu, aku hantarkan sejambak bunga ke ofisnya. Seingat aku, sejak kahwin, belum pernah aku miss hantar bunga pd hari ulang tahun perkahwinan dan harijadi dia.


Syukur dapat isteri spt dia. Dia seorang isteri yg sangat sabar & lemah lembut. “Sabar”nya kadang-kadang membuatkan aku “tak sabar”. Tak reti nak marah walaupun pd anak-anak. Terlalu lurus. Tapi itulah kelebihannya. Sensitif & mudah menangis. Hinggakan drama swasta yg "ntahape-apentah" itu pun mampu mengalirkan air matanya. Dia tidak cerewet dan meminta-minta. Cukup dengan apa yg ada. Kadang-kadang aku rasa bersalah kerana tidak banyak memberi. Kalau berselisih faham, dialah yg selalu beralah, yg akhirnya membuatkan aku serba salah. Seorang isteri yg solehah, cukup menjaga solatnya. Itu yg membuat aku “segan”. Dialah isteri & dialah juga teman, ketika susah atau pun senang.
.
Betul kata orang tua-tua: pilihan ibu adalah yg terbaik.......