Tuesday, April 21, 2009

Kapal Selam

Cerita dari Russia:
Hari Sabtu 12 Ogos 2000 satu tragedi berlaku. Kapal selam nuklear Russia, Kursk, sepanjang 154 meter (saiz padang bolasepak 110m) bersama krew 118 org, terkandas di dasar Laut Barents (Laut Artik) pd kedalaman 119 meter. Pada mulanya Presiden Russia, Vladimir Putin, menolak bantuan antarabangsa atas alasan "kerahsiaan strategik". Setelah 4 hari berlalu, akibat dari tekanan antarabangsa, akhirnya beliau terpaksa memohon bantuan. Angkatan laut British & Norway terus ke tempat kejadian. Tapi sudah terlambat, semua anak kapal mati.

Cerita dari Malaysia:
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol, Navantia. Scorpene, sebuah kapal selam konvensional dengan panjang keseluruhan lebih 67 meter dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. Kapal yang bergerak dengan tenaga diesel itu akan dikendalikan oleh 31 anak kapal.

Kapal selam pertama Malaysia, yang dinamakan "Tunku Abdul Rahman", sempena Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dilancarkan di limbungan DCNS di Cherbourg, Perancis, pada Oktober 2007. Ia ditauliahkan pada Januari 2009, menggunakan nama "KD Tunku Abdul Rahman", belayar pulang pada Mei dan dijangka tiba menjelang penghujung Julai 2009.

Kapal selam kedua dikenali sebagai "KD Tun Razak". Ia dijangka memulakan pelayaran ke Malaysia pada Januari 2010, dan tiba di tanah air dua bulan kemudian.

Kedua-dua kapal selam Malaysia itu akan ditempatkan di Pangkalan TLDM bernilai RM690 juta di Teluk Sepanggar, Sabah. Sejumlah 142 anggota TLDM kini menjalani latihan di Brest, Perancis bagi menyiapkan mereka dengan tugas-tugas di dalam Scorpene.

Kepada krew TLDM: Selamat bertugas. Semoga apa yang berlaku di Russia tidak berlaku di Malaysia.

No comments: