Ahad (24/05/09) Kami sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran meraikan ulang tahun perkahwinan ayah & emak yg ke 50 (1959-2009). Penat tapi meriah. Ramai saudara, jiran & sahabat handai yg hadir.Ayah berkahwin dgn emak ketika berumur 22 tahun. Dan emak masa itu baru 17 tahun. Ayah begitu tegas dalam membesarkan kami adik beradik. Disiplin dalam tentera dibawa kerumah. Tetapi bila anak-anak dah besar, hubungan kami bukan saja sebagai anak tetapi juga sebagai kawan.
Emak pula seorang ibu yang tidak cerewet. Jarang sekali kami dengar emak berleter. Oleh kerana emak tak bekerja, emaklah yg menguruskan hal rumahtangga.
Ayah & emak tidak pernah menyusahkan anak-anak. Malah kami yg selalu mengadu masalah kepada mereka. Ayah tak pernah lokek memberi nasihat. Mak pula sentiasa menjadi pendengar yg setia.
Kami berdoa agar Allah sentiasa melimpahi rahmat keatas ayah & emak, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa. Kami juga berdoa agar diberi kesempatan untuk berbakti kepada ayah & emak sementara mereka masih ada didunia ini.
Kepada ayah & emak: Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 50.

