Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu


Malam Sabtu yg lalu (09/05), anak aku Sufyan bagi tahu "Abah, Yan ada surprise utk mama". "Apa yg surprise?" tanya aku semula. "Yan ada buat kad Hari Ibu untuk mama, esok kan Hari Ibu". Lalu dia pun tunjukkan pada aku kad berwarna jingga. Cantik & kreatif. "Tapi abah jangan bagi tahu mama tau, Yan nak bagi surprise ........"

Esoknya, masa kami bersarapan pagi, Sufyan datang pd isteriku "Mama, ni kad untuk mama, Selamat Hari Ibu" lalu dia pun mencium pipi isteriku. Isteriku peluk dan cium Sufyan. Dan seperti biasa ditambah dengan puji-pujian hingga Sufyan senyum tersipu-sipu.

Aku tidak pernah menyambut Hari Ibu bersama emak. Tak pernah bagi kad, tak pernah bagi hadiah pd emak sempena Hari Ibu. Tak pernah!!!. Tapi aku akan pastikan, sesibuk manapun aku, aku akan luangkan masa untuk bersama emak, sementara emak masih ada .....

Kepada ibuku Hajjah Zaleha Binti Othman dan ibu mertuaku Hajjah Hasnah Binti Daud : Selamat Hari Ibu

No comments: