Thursday, September 17, 2009

Buka Puasa DI Rumah Mak Ayah



Seperti tahun yang sudah-sudah, kami adik beradik akan berpakat utuk berbuka puasa bersama-sama di rumah mak ayah. Pada tahun ini kami semua berkumpul pd hujung minggu ketiga bulan Ramadhan (Sabtu 12/09). Pok Chu & Sukri sekeluarga pun joint sama. Yang tak dpt bersama: Angah, Nuar & Hani (bisness trip ke Taiwan), dan cucu mak ayah yg masih belajar: Acun (UITM Perak), Yana (Polytech Kulim), Maria (Matrik Seremban) & Gazali (SM Teknik Sepang).

Seronok bila berbuka ramai-ramai. Masing masing bawak makanan sendiri (pot luck).. Mak Usu bawak gulai daging salai masak lemak (pehh.. terangkat). Mak pulak buat rendang. Macam-macam ada: ayam masak kicap, daging masak kurma, cencaluk, kerabu kaki ayam, cekodok, lepat pisang, bubur lambuk, air limau nipis dan air jus kedondong dll……..

Lepas berbuka kami solat maghrib & kemudiannya solat isya’ serta tarawih berjemaah. Seperti biasa, ayah yg jadi imam. Lepas solat kami sambung makan & borak-borak. Budak-budak main bunga api kat luar rumah. Hampir tengah malam barulah masing-masing beransur pulang.

Yang paling gembira pd malam tu adalah ayah & mak. Tiada lagi yang lebih menggembirakan bagi orang tua selain daripada melihat kesemua anak, menantu dan cucu-cucunya berkumpul dirumah dengan penuh mesra dan gelak ketawa………..



UPSR


Pada 8-10 Sept lepas, anak aku Syasya ambil UPSR. Aku & isteri ambil cuti utk beri sokongan moral pdnya. Terima kasih kepada semua guru-guru SK Presint 8 Putrajaya yg telah banyak membantu termasuk mengadakan klass tambahan, kem motivasi, majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Zaman aku dulu, peperiksaan sekolah rendah diambil pd darjah 5 (dipanggil Peperiksaan Penilaian Darjah 5). Bila masuk darjah 6, semua pelajar enjoy, tak belajar. Disekolah aku, hanya sorang yg dapat 5A. Nama dia Kamaruzzaman. Dan 2 orang dpt 4A 1B iaitu Fauzi & aku. Kamaruzzaman dpt tawaran masuk MCKK. Aku tak tau apa jadi dengan dia sekarang ni. Manakala Fauzi & aku masuk SM Sains Selangor. Selepas balik dr US, Fauzi kerja di consultant company dan kemudiannya berhenti dan kerja sendiri. Sekarang ni merupakan seorang kontraktor klass A yg berjaya di Shah Alam.

Kepada Syasya & sepupunya yg lain: Qistina, Sofwan & Shahrizal, didoakan agar mendapat keputusan yg cemerlang.