Pada 8-10 Sept lepas, anak aku Syasya ambil UPSR. Aku & isteri ambil cuti utk beri sokongan moral pdnya. Terima kasih kepada semua guru-guru SK Presint 8 Putrajaya yg telah banyak membantu termasuk mengadakan klass tambahan, kem motivasi, majlis bacaan Yassin dan solat hajat.
Zaman aku dulu, peperiksaan sekolah rendah diambil pd darjah 5 (dipanggil Peperiksaan Penilaian Darjah 5). Bila masuk darjah 6, semua pelajar enjoy, tak belajar. Disekolah aku, hanya sorang yg dapat 5A. Nama dia Kamaruzzaman. Dan 2 orang dpt 4A 1B iaitu Fauzi & aku. Kamaruzzaman dpt tawaran masuk MCKK. Aku tak tau apa jadi dengan dia sekarang ni. Manakala Fauzi & aku masuk SM Sains Selangor. Selepas balik dr US, Fauzi kerja di consultant company dan kemudiannya berhenti dan kerja sendiri. Sekarang ni merupakan seorang kontraktor klass A yg berjaya di Shah Alam.
Kepada Syasya & sepupunya yg lain: Qistina, Sofwan & Shahrizal, didoakan agar mendapat keputusan yg cemerlang.

No comments:
Post a Comment