Thursday, October 22, 2009

Kawam Lama

Tiga hari yg lalu, dlm perjalanan balik kerumah, Money (kawan sekolah dulu) telefon. Dia kata ada berita gembira nak disampaikan. Pertama: dia nak ke Mekah pd 27/10 . Alhamdulillah. Tapi aku lupa nak tanya dgn sapa dia pegi. Tapi aku rasa dia pegi suami isteri. Kedua: dia dpt contact dgn kawan sekolah yg lama dah tak dengar berita, Kucing (Saifuzzaman) & Ogy (Rozita). Dengar ceritanya kedua-duanya dpt ditemui melalui face book.

Keesokan malamnya aku telefon Kucing. Terperanjat besar dia dan kami pun bercerita panjang. Dari cerita zaman sekolah dulu hinggalah hal keluarga. Dia kata dia nak sangat jumpa dgn kawan-kawan lama.

Malam tadi Kucing telefon aku. Dia mintak aku aturkan perjumpaan dgn kawan-kawan pd 23/10 malam. Hari ini, aku pun sms pd Abas, Bai, Gomblong, Kamal, Kuter, Spider, Simplek & Azmi Tuar utk satu sesi minum teh tarik sambil sembang-sembang di Putrajaya @ 23/10 @ jam 8:30 mlm. Harap-harap semuanya dpt hadir.

Malam esok aku akan jumpa Kucing yg dah hampir 30 tahun tak jumpa…..

3 comments:

Anonymous said...

Chet,
Aku nak bagi tau satu berita juga -sebenarnya nama aku tu aku dah betulkan - nama aku sebenarnya Morney - tertinggal "R" tu so nama tu lama dah aku tak pakai.Kena bg tau kawan2 lama tu pasal nama aku yg dah di rebranding ni.

Kirin salam pada kawan2 besuk!insyaallah, kita jumpa lagi.

Anonymous said...

Aku dan Mac naik ternganggaaaaaaa (byknya "aaaa" tu menunjukkan lamanya tempoh kami terngangga) bila membaca sebahagian dari blog rakan kami yang kami kenali sebagai Suhaimi Shariff aka .....,

Husband aku kata tak sangka sebenarnya Suhaimi ni berjiwa romantis/sentimental dan boleh menjadi penulis yang baik.

Kalau dia menulis macam inilah dari zaman sekolah dulu lagi,tentunya Cikgu Bahasa Malaysia kami seperti Cikgu-cikgu Norazimah;Abu Bakar;Salehuddin dan lain-lain akan bertambah sayang pada dia dan kami..

(Nama2 Guru Bahasa Malaysia itu telah dikembalikan ingatannya kepadaku oleh Zaini aka Mac)

Anonymous said...

Boyan di Oslo :
sila hubungi PA :
maryati.osman@gmail.com (wife dia)