Wednesday, October 21, 2009

Malam Anugerah Cemerlang



18 Okt 2009 (Ahad malam), aku bersama isteri & anak-anak menghadiri majlis makan malam Hari Anugerah Cemerlang SK Putrajaya Presint 8 (2) yg diadakan di Dewan Pusat Komuniti Presint 8. Majlis ini bertujuan utk meraikan pelajar-pelajar yg telah menunjukkan pencapaian yg cemerlang dlm akademik & ko kurikulum. Majlis turut dimeriahkan dgn artis jemputan kumpulan nasyid Rabbani.

Pd malam itu, anakku Nur Syasya telah menerima hadiah atas pencapaian akademik: Tempat pertama didlm kelas, tempat pertama didlm keseluruhan tahun 6, terbaik dlm mata pelajatan B.Melayu, B.Inggeris & Sains. Selain menjadi pengawas, Syasya juga aktif dlm aktiviti sekolah dan sukan: mewakili sekolah & Putrajaya dlm pertandingan pidato dan bola jaring serta memegang beberapa jawatan dlm persatuan & kelab di sekolah. Atas pencapaian itu, dia dipilh sebagai Tokoh Murid Tahun 2009.

Seronok & bangga bila melihat anak-anak berjaya. Tapi ini hanya peringkat permulaan. Ada pelajar yg berjaya di sekolah rendah tapi gagal di peringkat menengah. Ramai juga yg tidak menunjukkan prestasi yg baik pd peringkat sekolah rendah tapi berjaya & cemerlang di peringkat menengah, kolej & university. Yang penting kita sbg ibubapa perlu terus memberikan semangat & motivasi kpd anak-anak.

Semoga pencapaian yg ditunjukkan oleh Syasya akan memberi semangat kepada adik-adik nya (Sufyan & Hakim).

1 comment:

kak an said...

tahniah, shasha! diatas anugerah itu..keep it up!!