Wednesday, December 16, 2009

Rosman Talip dalam kenangan


Ahad lepas (13 Dec), selepas pergi kenduri kahwin di Presint 16, aku, isteri & anak-anak ke Bandar Baru Bangi utk shopping keperluan persekolahan anak-anak. Lebih kurang jam 4:00 pm aku dpt call dr Rizal memaklumkan Rosman Talib dah meninggal, jenazahnya masih di Hospital Putrajaya. Berita yg sungguh mengejutkan. Aku terus menamatkan shopping, hantar isteri & anak-anak balik rumah & terus ke Hospital Putrajaya. Aku sampai di bilik mayat jam 4:50pm. Ramai kawan-kawan ada disana: Sobri, Khairul Hazli, Rizal, Zahiriah, Azmi Razak, Malik, En.Rolan & En.Meor (JLN). Jenazah baru saja disembahyangkan. Rasa terkilan kerana tak sempat bersama-sama menyembahyangkannya. Lebih kurang jam 5:30pm kereta jenazah sampai utk dibawa balik ke Rawang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau aktif dlm sukan pemotoran. Beliau merupakan Presiden BTP Superbikers (Bandar Tasik Puteri Superbikers Group). Pd hari kejadian, aruah baru lepas main motor di litar SIC Sepang. Semasa rehat di pit, aruah mengadu sesak nafas & terus tumbang. Meninggal dunia dlm perjalanan ke hospital. Beliau meninggal pd usia 47 thn.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.

No comments: