Wednesday, March 25, 2009

Anak Siapa

Entah anak siapa
gerangan dia

Entah agama apa
anutan dia

Bertudung kepala
baju ketat
seluar sendat
nampak pusat





nota: sajak ini diambil dari akhbar Berita Minggu beberapa tahun yang lalu. Maaf sebab terlupa untuk mencatatkan penulisnya.

Tuesday, March 17, 2009

Nilai Sekeping Nota

Semasa aku mengemas bilik anak perempuanku Syasya, aku terjumpa sekeping nota dicelah deretan bukunya berbunyi:
"mama sekarang kursus dekat Pulau Pinang. Abah ada kelas. Selalu balik lewat. Tinggal Syasya, Sufyan, Hakim dan Kak Ina saja tinggal di rumah. Rasa macam lain kalau tak ada mama dan abah. Selalunya makan sama-sama, sembahyang sama-sama, semuanya sama-sama. Sejak kebelakangan ni rumah sepi aje."
Aku terkedu sekejap. Nota itu tidak bertarikh tapi aku pasti ianya ditulis 2-3 tahun yang lepas semasa aku sambung belajar peringkat Master di UPM. Aku akui pada ketika itu aku sibuk dengan kuliah. Isteri pula kadang kala out station. Anak-anak terpaksa tinggal dengan pembantu rumah (Ina).
Memang anak-anak aku pernah merungut dan komplain yang kami selalu tiada kat rumah. Seperti biasa aku terangkan yang aku ada kelas dan mamanya ada urusan kerja diluar. Aku tak ambil serius tentangnya.
Walaupun nota itu aku jumpa beberapa tahun kemudiannya, tapi belum terlewat untuk kami menginsafi diri bahawa anak-anak sememangnya perlukan kasih sayang dan perhatian. Terima kasih kepada Tuhan yang telah menemukan aku dengan nota itu.

Friday, March 13, 2009

Lim Guan Eng & Setahun Selepas PRU 12


Amat menarik membaca artikel di akhbar The Star (10 March) tentang Lim Guan Eng (sempena setahun pemerintahan beliau di P.Pinang & PR di 4 negeri lain). Antara lain Lim mengakui susahnya untuk mentadbir P.Pinang tanpa sokongan kerajaan Pusat. Beliau mengakui manifesto pilihanrayanya untuk membasmi kemiskinan tegar di P.Pinang dalam tempoh setahun masih belum tercapai & merungut ada kakitangan kerajaan negeri tak memberi kerjasama. Sebagai Ketua Menteri, secretary general DAP dan MP, beliau terlalu sibuk hingga masa untuk family & anak-anak terbatas. Agaknya beliau baru sedar menjadi pembangkang lebih mudah dari mentadbir negeri......

Mengambil contoh di Selangor, rasanya Khir Toyo lebih selesa dan seronok menjadi ketua pembangkang (lebih vokal) dan Khalid Ibrahim dalam banyak keadaan kelihatan tidak terurus penampilannya berbanding semasa beliau sebagai seorang ahli koporat.

Lim memperkenalkan slogan CAT government (Competency, Accountability & Transparency). Sama seperti BCA (Bersih, Cekap & Amanah) yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Lama-lama BCA jadi: sapu bersih kontrak kerajaan, cekap menggelapkan duit dan amanah menjaga kepentingan kroni... Itu persepsi masyarakat sivil.


Walaupun dalam banyak keadaan aku tidak menyokong DAP dan dasar-dasarnya (hak kesamarataan Malaysian Malaysia, menyamakan hak keistimewaan bumiputera dengan sistem apartheid, pemasangan papan tanda pelbagai bahasa, tindakan-tindakan mereka di Perak dll), tapi aku "terpaksa bersetuju" dengan Lim apabila dia berjanji "I cannot give the people everything they want but at least I can assure them that there is no corruption......" Kalaulah kata-kata ini keluar dari mulut pemimpin UMNO dan BN dan dikotakan dan dizahirkan, mungkin keputusan PRU 12 tidak seteruk yang mereka terima.

Kepada LIM Guan Eng: kotakan kata-kata anda

Wednesday, March 11, 2009

Maulidur Rasul

Isnin pagi 9 Mac, aku menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sekolah Darul Quran Al-Faqihin (DQAF) di Presint 9, Putrajaya. 2 orang anak aku (Sufyan, 10 thn & Hakim, 9 thn) bersekolah disitu. DQAF merupakan sekolah kafa swasta.

Malam sebelumnya, Sufyan mengingatkan aku "Abah, jangan lupa kejutkan Yan pagi besok sebab ade Maulidur Rasul di sekolah kafa". Selepas solat subuh, aku kejutkan kedua-duanya. Mereka terus bangun dan nampak air mukanya bersemangat. Selalunya liat nak bangun.

Lepas sarapan, dengan baju melayu siap bersampin, kami terus ke DQAF. Ramai yang datang, anak-anak dan mak bapak. Majlis bermula jam 9.00. Dengan sepanduk & kain rentang, kami mula berarak sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw. Kami berarak sekeliling taman perumahan (lebih kurang 400m berjalan kaki). Seronok tengok budak-budak berarak dengan semangat & muka yang ceria. Yang hairannya penduduk setempat hanya mengintai dicelah tingkap dan pintu melihat kami berarak. Tak ade sorangpun yang datang joint sama. Yang berarak hanya anak-anak DQAF dan mak bapaknya saje.

Lepas berarak, kami masuk kedalam dewan. Naib Pengetua DQAF beri ceramah berkaitan sirah Rasulullah. Diikuti dengan persembahan pelajar (mengaji, nasyid, pentomen dll). Majlis tamat jam 11.30 diakhiri dengan jamuan makan.

Dalam perjalanan balik aku tanya pada Hakim "Akim, cammana majlis tadi? Dia jawab "ok abah, best..." Aku tanya lagi " Ape yang ok, ape yang best?" Sufyan menyampuk " Best dapat berarak macam dalam tv......"

Ini kali pertama pengalaman dia orang berarak pada majlis Maulidur Rasul. Harap-harap semangat maulidur rasul sentiasa subur dalam hati dia orang sampai dia orang besar nanti .......