Amat menarik membaca artikel di akhbar The Star (10 March) tentang Lim Guan Eng (sempena setahun pemerintahan beliau di P.Pinang & PR di 4 negeri lain). Antara lain Lim mengakui susahnya untuk mentadbir P.Pinang tanpa sokongan kerajaan Pusat. Beliau mengakui manifesto pilihanrayanya untuk membasmi kemiskinan tegar di P.Pinang dalam tempoh setahun masih belum tercapai & merungut ada kakitangan kerajaan negeri tak memberi kerjasama. Sebagai Ketua Menteri, secretary general DAP dan MP, beliau terlalu sibuk hingga masa untuk family & anak-anak terbatas. Agaknya beliau baru sedar menjadi pembangkang lebih mudah dari mentadbir negeri......
Mengambil contoh di Selangor, rasanya Khir Toyo lebih selesa dan seronok menjadi ketua pembangkang (lebih vokal) dan Khalid Ibrahim dalam banyak keadaan kelihatan tidak terurus penampilannya berbanding semasa beliau sebagai seorang ahli koporat.
Lim memperkenalkan slogan CAT government (Competency, Accountability & Transparency). Sama seperti BCA (Bersih, Cekap & Amanah) yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Lama-lama BCA jadi: sapu bersih kontrak kerajaan, cekap menggelapkan duit dan amanah menjaga kepentingan kroni... Itu persepsi masyarakat sivil.
Walaupun dalam banyak keadaan aku tidak menyokong DAP dan dasar-dasarnya (hak kesamarataan Malaysian Malaysia, menyamakan hak keistimewaan bumiputera dengan sistem apartheid, pemasangan papan tanda pelbagai bahasa, tindakan-tindakan mereka di Perak dll), tapi aku "terpaksa bersetuju" dengan Lim apabila dia berjanji "I cannot give the people everything they want but at least I can assure them that there is no corruption......" Kalaulah kata-kata ini keluar dari mulut pemimpin UMNO dan BN dan dikotakan dan dizahirkan, mungkin keputusan PRU 12 tidak seteruk yang mereka terima.
Kepada LIM Guan Eng: kotakan kata-kata anda

1 comment:
am not in any party, but as a muslim, i'"ll never be with DAP. Bkan sbb mrk pembangkang, tp sbb dasar utama mrk yang menghalang pembentukan negara islam..apakah hukumnye seseorang yang beragama islam menghalang pembentukan negara islam? cukuplah sekadar tidak mampu mendirikan sebuah negara islam dgn tgn sendiri..Jgn ditambah saham akhirat dgn dgn menghalang sesuatu yg menjadi tuntutan dlm islam..
-yayu-
Post a Comment