Tuesday, March 17, 2009

Nilai Sekeping Nota

Semasa aku mengemas bilik anak perempuanku Syasya, aku terjumpa sekeping nota dicelah deretan bukunya berbunyi:
"mama sekarang kursus dekat Pulau Pinang. Abah ada kelas. Selalu balik lewat. Tinggal Syasya, Sufyan, Hakim dan Kak Ina saja tinggal di rumah. Rasa macam lain kalau tak ada mama dan abah. Selalunya makan sama-sama, sembahyang sama-sama, semuanya sama-sama. Sejak kebelakangan ni rumah sepi aje."
Aku terkedu sekejap. Nota itu tidak bertarikh tapi aku pasti ianya ditulis 2-3 tahun yang lepas semasa aku sambung belajar peringkat Master di UPM. Aku akui pada ketika itu aku sibuk dengan kuliah. Isteri pula kadang kala out station. Anak-anak terpaksa tinggal dengan pembantu rumah (Ina).
Memang anak-anak aku pernah merungut dan komplain yang kami selalu tiada kat rumah. Seperti biasa aku terangkan yang aku ada kelas dan mamanya ada urusan kerja diluar. Aku tak ambil serius tentangnya.
Walaupun nota itu aku jumpa beberapa tahun kemudiannya, tapi belum terlewat untuk kami menginsafi diri bahawa anak-anak sememangnya perlukan kasih sayang dan perhatian. Terima kasih kepada Tuhan yang telah menemukan aku dengan nota itu.

1 comment:

Anonymous said...

A'kum...
ada ustaz berpesan ,
" Di dalam satu minggu, hendaklah seorg ayah / emak mengingati anaknya mengenai ketuhanan / keagamaan supaya anaknya tidak lupa alpa...